Nilai Jati Diri berasaskan Ungkapan Indah Lagu Rakyat (Puisi Tradisional) Kadazandusun dalam Pendidikan Bahasa

Personal Value based On The Beautiful Expression Of Folk Songs (Traditional Poems) Kadazandusun in Language Education

Authors

  • Julita Norjietta Taisin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak, Malaysia Author
  • Tracy Valerian Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak, Malaysia Author

DOI:

https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.23.2025

Keywords:

jati diri, Kadazandusun, lagu rakyat, pendidikan, ungkapan indah

Abstract

Kajian ini dilaksanakan  bagi mengetengahkan nilai jati diri berasaskan lagu rakyat (puisi tradisional) Kadazandusun dalam pendidikan bahasa. Tujuan kajian ialah mengenal pasti keperluaan pembinaan modul nilai jati diri berasaskan ungkapan indah  dalam lagu rakyat Kadazandusun dalam pendidikan bahasa  di samping mengenal pasti  makna dari aspek sinonim berasaskan nilai jati diri untuk  pendidikan bahasa. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif melalui tinjauan soal selidik dan temu bual iaitu bersifat kuantitatif dan kualitatif . Sampel kajian terdiri daripada 44 orang guru sekolah menengah yang mengajar subjek bahasa Kadazandusun. Manakala kajian kualitatif menganalisis beberapa lagu rakyat dengan pengaplikasian Teori Analisis Komponen Makna dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Data kajian dianalisis berdasarkan makna yang terdapat dalam lagu rakyat tersebut yang sesuai untuk pendidikan bahasa dan nilai jati diri. Kajian ini berpotensi dalam menyumbang pengetahuan dan merupakan salah satu pemboleh ubah pada pendekatan atau kaedah pengajaran guru bahasa Kadazandusun merangkumi pengajaran di bilik darjah, konteks, proses dan produk. Kajian ini berupaya bersaing dalam memberi satu penemuan baru khasnya dari dimensi inventori istilah bahasa etnik Kadazandusun. Ini merupakan satu langkah yang bertepatan untuk menggeledah bahasa serumpun dari Sabah yang menepati konsep tertentu dalam bahasa Melayu. Justeru kajian ini membuka satu lembaran baru agar diperluaskan lagi dalam mencari banyak istilah khasnya etnik peribumi Sabah yang dikenal pasti memiliki sistem linguistik yang diperlihatkan untuk memperkasakan bahasa Melayu. Ia secara tidak langsung dapat memantapkan lagi integrasi nasional di samping kecintaan bangsa dan negara menunjukkan masyarakat pendukungnya mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh. Ungkapan indah dalam puisi tradisional Kadazandusun cuba merealisasikan peranan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan rakyat dalam  membina integrasi nasional dan bahasa yang mampu mencerminkan akal budi serta pemikiran rakyat, selain pemangkin semangat nasionalisme yang terangkum didalamnya nilai jati diri selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan dalam mewujudkan perpaduan nasional melalui pendidikan khasnya bahasa. Perkaitan nilai jati diri berasaskan ungkapan indah lagu rakyat ( puisi tradisional) membuka satu lembaran baru  dalam mencari banyak istilah khasnya bahasa etnik peribumi Sabah yang dikenal pasti memiliki sistem linguistik yang diperlihatkan menyumbang  untuk memperkasakan bahasa Melayu. Ia secara tidak langsung dapat memantapkan lagi integrasi nasional di samping kecintaan bangsa dan negara menunjukkan masyarakat pendukungnya mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh.

This study was carried out to highlight the value of identity based on Kadazandusun folk songs (traditional poetry) in language education. The purpose of the study is to identify the need for the construction of a self-identity value module based on beautiful expressions in Kadazandusun folk songs in language education in addition to identifying the meaning of synonyms based on self-identity values for language education. The research conducted is descriptive through survey questionnaires and interviews which are quantitative and qualitative in nature. The study sample consisted of 44 secondary school teachers who taught Kadazandusun language subjects. While the qualitative study analyzes some folk songs with the application of Meaning Component Analysis Theory by using library methods and field research. The research data is analyzed based on the meaning found in the folk song which is suitable for language education and identity values. This study is potential in contributing knowledge and is one of the variables in the approach or teaching method of Kadazandusun language teachers including teaching in the classroom, context, process and product. This study is able to compete in providing a new discovery especially from the dimension of the inventory of Kadazandusun ethnic language terms. This is a coincidental step to search for cognate languages from Sabah that correspond to certain concepts in the Malay language. Thus, this study opens a new page to be expanded further in finding many terms especially for indigenous Sabah ethnicities that are identified as having a linguistic system that is shown to empower the Malay language. It can indirectly strengthen national integration in addition to the love of the nation and the country, showing that the supporting community has a strong and robust identity. Beautiful expressions in the traditional poetry of Kadazandusun try to realize the role  of this language as the language of the people's unity in building national integration and a language that can reflect the common sense and thinking of the people, as well as a catalyst for the spirit of nationalism that includes the value of identity in line with the national education policy in creating unity national through education especially language. The relevance of identity values based on the beautiful expression of folk songs (poetry) opens a new page in finding many terms especially in the indigenous ethnic language of Sabah which definitely has a linguistic system that is shown to contribute to empowering the Malay language. It can indirectly strengthen national integration in addition to the love of the nation and the country, showing that its supporters have a strong and strong identity. 

Keywords: beautiful expressions, education, folk songs, identity, Kadazandusun

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Jamal Abdul Hamid. (2006). Lagu-Lagu Rakyat Sabah: Masyarakat Suku Kaum Brunei di Weston Sabah. Dalam Rogayah

Chi-Huang.( 2015). Dimension of Taiwanese/Chinese identity and national identity in Taiwan: a latent class analysis. Journal of Asian and African Studies, 40, 51-70.

Desai, C. M. (2016). National identity in a multicultural society: Malaysian children’s literature in English. Children Literature in Education, 37(2), 163-184.

Janathan Kandok.( 2012). Sundait Kadazandusun: Dokumentasi dan Analisis. Tesis PhD. Universiti Malaysia Sabah

Katz, J. J. (1972 ) Dalam Julita Norjietta (2015) Semantic Theory. New York : Harper & Row.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia .(2011). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mendelsohn, M. (2002). Measuring national identity and patterns of attachment: Quebec and nationalist Mobilization. Nationalism and Ethnic Politics, 8(3), 72-94.

Norjietta Taisin. 2014. Sudawil : Analisis Dari Aspek Makna : Tesis PhD. Universiti Malaysia Sabah.

Pallant, J. (2020). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using IBM SPSS. Routledge.

Unit Bahasa Etnik, Pusat Perkembangan Kurikulum. (2007) Laporan mesyuarat pegawai bahasa pejabat pelajaran daerah/gabungan/daerah kecil: Status pelaksanaan matapelajaran Bahasa Etnik di sekolah (Iban, Kadazandusun dan Semai). Holiday Inn Kuching, 6-9 Mei 2007. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Wan Muhamad, S. A. A.( 2010). Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam membina jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd Yusof Osman (Pnyt.), Jati DiriKebangsaan Manhaj Islam Hadhari (hlm.

Published

2025-12-28

How to Cite

Taisin, J. N., & Valerian, T. (2025). Nilai Jati Diri berasaskan Ungkapan Indah Lagu Rakyat (Puisi Tradisional) Kadazandusun dalam Pendidikan Bahasa: Personal Value based On The Beautiful Expression Of Folk Songs (Traditional Poems) Kadazandusun in Language Education. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu, 3, 142-149. https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.23.2025