‘Kucing’ sebagai Unsur Semiotik dalam Novel Kenang-kenangan Seorang Geisha
‘Cat’ as a Semiotic Element in The Novel Memoirs of a Geisha
DOI:
https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.31.2025Keywords:
KSG, kucing, semiotik, tanda ikonAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tanda ikon ‘kucing’ sebagai tanda simbol dalam novel Kenang-kenangan Seorang Geisha (KSG) serta menganalisis tanda simbol tersebut berdasarkan pendekatan semiotik. Dengan mengaplikasikan pendekatan kualititatif secara analisis teks, kajian ini dilakukan dengan berpandukan teori semiotik yang dimajukan oleh Peirce (1965). Sehubungan dengan itu, pendekatan semiotik berupaya membongkar maksud sebenar penulis untuk menyampaikan cerita dan dalam masa yang sama bahasa dalam sastera menjadi tanda yang penting dalam menyampai mesej daripada penulis kepada pembaca. Hasil kajian mendapati wujud 27 jenis haiwan yang telah dimanfaatkan oleh penulis sebagai tanda ikon dalam novel KSG. Daripada jumlah tersebut, tanda ikon kucing paling banyak diulang, iaitu sebanyak 10 kali. Tanda ikon kucing itu dihubungkan dengan tanda simbol sebagai lelaki, perempuan, rumah dan lagu. Kajian ini meninggalkan implikasi yang signifikan kepada pembaca dalam menafsir tanda ikon kerana dalam ilmu semiotik tanda simbol perlu diberi perhatian berbanding dengan tanda ikon. Kajian ini mempunyai kebaharuan tersendiri yang boleh menarik minat pembaca untuk membaca kajian ini, khususnya dari segi dapatan kajian.
The interesting thing about this KSG is the use of the cat symbol as a semiotic element. In relation to that, this study aims to identify the 'cat' icon sign as a symbolic sign in MOG and analyze the symbolic sign based on a semiotic approach. By applying a qualitative text analysis approach, this study was conducted based on the semiotic theory advanced by Peirce (1965). In relation to that, the semiotic approach is able to reveal the true meaning of the writer to convey the story and at the same time the language in literature becomes an important sign in conveying the message from the writer to the reader. The results of the study found that there are 27 types of animals that have been used by the writer as icons in the MOG novel. Of those, the cat icon is repeated the most, 10 times. The icon sign of the cat is connected to the symbol sign as man, woman, house and song. This study leaves significant implications for the reader in interpreting icon signs because in semiotic science, symbolic signs need to be given attention compared to icon signs. This study has its own novelty that can attract readers to read this study, especially in terms of the study findings.
Keywords: cat, icon sign, MOG, semiotics, symbol sign
Downloads
References
Adam Mohd Salehuddin dan Nasir Baharuddin. (2017). Analisis pendekatan semiotik terhadap karya “Pembukaan” (2013) oleh Mohd Fuad Arif. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 5, 38-46.
Arthur Golden. Memoir of a geisha. (2005). (Abd Latif Bidin, Trans). New York: Vintage Books
Kamus Dewan Perdana. (2021). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurul Aminah Basharuddin dan Hasnah Mohamad. (2014). Interpretasi pantun daripada perspektif semiotik. Jurnal Linguistik. 18(1), 1-9.
M Fazmi Hisham dan Zairul Anuar Md Dawam. (2019). Analisis semiotik warna terhadap latar dan watak filem lelaki harapan dunia (2014). Jurnal Kinabalu. 24, 89-112.
Mana Sikana. (2001). Teori semiotik; Tanda bahasa dan wacana sastera. Jurnal Bahasa. 1(2), 193-212.
Maserah Shabudin dan Noraini Ibrahim. (2016). Unsur semiotik dalam wacana iklan kecantikan. Akademika. 86(2), 3-30.
Norliza Jamaluddin. (2020). Data korpus berkomputer: Manfaat dan peranti analisis. Hasmidar Hassan & Puteri Roslina Abdul Wahid, Kecendekiaan Melayu melalui bahasa, sastera dan budaya (Ms, 126). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom tulis tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan sains sosial pendekatan pragmatik. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn.Bhd.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2014). Semiotik dalam novel Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tg. Intan Marlina Tg Mohd Ali dan Mohamad Shahidan. (2009). Semiotik Peirce penandaan dan pemaknaan. Kuala Lumpur: Quest Ahead Sdn Bhd.
Zul Pahmi Sahidin dan Norazimah Zakaria. (2020). Kajian ikon, indeks dan simbol dalam cerita legenda Lombok berdasarkan teori semiotik. Jurnal Dunia Pendidikan. 2(1).
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya, Wan Buanan Wan Hussain, Rohaidah Haron (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
