Pembinaan Laman Sesawang Seni Persembahan Makyung
Makyung Performing Art Site Construction
DOI:
https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.27.2025Keywords:
Hikayat Pattani, laman sesawang, Makyung, pemuliharaan, teknologi digitalAbstract
Seni persembahan Makyung perlu diberikan nafas baharu dalam pelbagai bentuk. Antaranya mendokumentasikan seni ini secara lebih kreatif seperti yang telah disenaraikan dalam sembilan resolusi untuk mengangkat seni persembahan Makyung yang telah ditetapkan pada tahun 2010 yang lalu. Kertas kerja ini berusaha mencadangkan pembangunan laman sesawang yang dapat merekodkan, mendokumentasikan dan menyimpan rekod seni persembahan Makyung secara sistematik bagi memudahkan masyarakat atau penyelidik masa kini mengetahui kajian berkenaan persembahan Makyung yang telah berlangsung atau yang bakal berlangsung. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif, proses pengumpulan data dan kajian literatur dilakukan menerusi pembacaan rapi dan membuat kajian lapangan. Temu bual berfokus bersama En. Rosnan Abd. Rahman dan Puan Fatimah Abdullah dilakukan kerana beliau mempunyai banyak maklumat berkenaan persembahan Makyung. Dapatan kajian ini akan menunjukkan aplikasi yang dibangunkan mempunyai potensi untuk menyokong usaha pemuliharaan dan penyebaran warisan seni Makyung di Malaysia. Implikasi kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap seni persembahan tradisional Melayu serta memperluaskan aksesibiliti kepada maklumat berkaitan Makyung kepada masyarakat umum melalui teknologi digital. Penggunaan teknologi digital untuk memperluaskan aksesibiliti kepada maklumat berkaitan Makyung menunjukkan nilai integrasi teknologi dalam pemeliharaan warisan budaya.
The Makyung performing arts need to be revitalized in various forms. One approach is to document this art more creatively, as outlined in the nine resolutions established in 2010 to elevate Makyung performing arts. This paper proposes the development of a website that systematically records, documents, and stores information about Makyung performances, making it easier for the public and researchers to access studies on past and upcoming Makyung performances. This study will employ qualitative methods, involving data collection and literature review through thorough reading and field research. Focused interviews will be conducted with Mr. Rosnan Abd. Rahman and Ms.Fatimah Abdullah, as they possess extensive knowledge about Makyung performances. The findings of this study will demonstrate that the developed application has the potential to support the conservation and dissemination of Makyung artistic heritage in Malaysia. The implications of this study are to enhance awareness and appreciation of traditional Malay performing arts and to expand accessibility to information related to Makyung for the general public through digital technology. The use of digital technology to expand accessibility to information related to Makyung demonstrates the value of integrating technology in the preservation of cultural heritage.
Keywords: conservation, digital technology, Hikayat Pattani, Makyung, website
Downloads
References
Anon. 2021. Maksimum Potensi Industri Kreatif Dengan Teknologi Digital. Sinar Harian. 14 Oktober: 20.
A.S. Hardy Shafii, Jason Tye Kong-Chiang & Shanti Balraj Baboo.Dalam. Sumetha Nagalingam (pynt). Membina Web Dalam Talian Untuk Mempromosikan Makyung, hlm. 76- 89. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Catherine C.Finan. 2021. Technology. Minnesota: Bearport Publishing Company.
Nurul Halawati Mohamad Azhari. 2010. Penggiat Makyung Sedia Bereksplorasi. MSTAR. 26 Jun: 26.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Amirul Hazim Rosli, Yusmila Yati Yunos, Muhammad Affizy Shaari (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
