Motif Seni Sulaman Kelingkan dalam Masyarakat Melayu di Negeri Kelantan
Kelingkan Embroidery Art Motifs in The Malay Community in Kelantan
DOI:
https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.26.2025Keywords:
identiti, keindahan, kehamonian, pelestarian, tradisi, warisanAbstract
Objektif penulisan ini untuk mengenal pasti motif seni sulaman kelingkan dalam masyarakat Melayu di Negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis data secara induktif dan deskriptif serta menghuraikan motif alam melalui temu bual bersama tokoh. Penyelidikan ini juga menggunakan analisis tematik untuk memahami data yang dikumpulkan mengikut motif yang telah dikategorikan. Konsep motif digunakan sebagai panduan kepada penyelidikan yang melibatkan perkataan dan gambar serta bukan dalam bentuk data. Dalam konteks budaya, sulaman kelingkan bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan, tetapi juga sebagai simbol identiti dan tradisi masyarakat Melayu. Sulaman ini sering digunakan dalam pembuatan baju, kain sarung dan pelbagai aksesori lain. Dapatan awal berkenaan sulaman ini memaparkan keindahan dan keharmonian alam semula jadi melalui Motif Sulur Kacang, Motif Bunga Ros, Motif Asam Gelugor/ Asam Tampuk, Motif Petola Mahkota dan Motif Geometri. Selain itu, sulaman kelingkan juga melibatkan kemahiran dan kreativiti penyulam. Penulisan ini juga menunjukkan motif seni sulaman kelingkan yang menggambarkan status dan taraf kedudukan golongan berpangkat di istana. Implikasi penulisan ini menunjukkan motif kelingkan sebagai salah satu seni sulaman bernilai tinggi mutunya kerana teknik pembuatannya yang rumit dan mempunyai motif unik. Sulaman kelingkan merupakan warisan khazanah negara yang tinggi nilainya melebihi sekadar seni tekstil. Kelingkan adalah simbol budaya serta identiti masyarakat Melayu yang kaya dengan sejarah dan makna. Melalui usaha pelestarian dan inovasi, seni ini dapat terus hidup dan berkembang, mengekalkan warisan tradisional sambil menyesuaikan diri dengan zaman moden.
The objective of this writing is to identify the meaning, symbolism and motifs of the kelingkan embroidery among the Malay community in Kelantan. This study utilizes a qualitative method by analyzing the data in an inductive and descriptive manner, which explains nature motifs through interviews with notable figures. This study makes use of thematic analysis to fully understand the collected data according to the categorized motifs. The concept of motifs is used as a guide to research involving words and pictures, which are not in data form. In a cultural context, kelingkan embroidery not only has decorative functions, but also symbolizes the identity and tradition of the Malay community. It is often used in the manufacturing of shirts, sarong, and other various accessories. The initial findings demonstrate that this embroidery displays the beauty and harmony of nature through motifs such as Sulur Kacang, Bunga Ros, Asam Gelugor/ Asam Tampuk, Petola Mahkota dan Geometry. In addition, kelingkan embroidery also involves the skills and creativity of its embroiderers. This writing also shows that the motifs of kelingkan embroidery often depict the social status in the palace. The kelingkan motif is described as one of the high value embroidery due to its complicated manufacturing techniques and unique motifs. Sulaman kelingkan is considered as a national heritage artform that has a higher value than textile art. Kelingkan is a symbol of culture as well as identity of the Malay community that is rich in history and meaning. Through preservation and innovation, this art can continue to develop and flourish, preserving its traditional heritage while adapting to modern times.
Keywords: beauty, harmony, identity, inheritance, preservation, tradition
Downloads
References
Abd. Rasid Ismail, Ahmadrashidi Hasan & Shahariah Mohamed Roshdi. (2016). Alam Sebagai Sumber Reka Bentuk Motif-Motif Seni Hiasan Fabrik Masyarakat Melayu. Prosiding ISME Pengukuhan Budi & Jati Diri. Tanjumg Bidara Resort Melaka.
Amirul Redzuan Sepini, Harleny Abd Arif & Norakmal Abdullah. (2019). Reinventing Tradition Through Kelingkan Embroidery Handicraft in Malaysia.
Azah Aziz. (2009). Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azran Arip. (2010). Sulaman Warisan Sarawak: Tudung Keringkam. Kuching, Sarawak: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.
Haziyah Hussin. (2009). Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Maizira Abdul Majid & Nor Hayati Abdul Rahman. (2022). Motif Flora dan Fauna dalam Sulaman Kelingkan Kelantan Berdasarkan Pendekatan Estetika Seni Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 15(1), 117-136. https://doi.org/10.37052/jm.15(1)n05
Nor Hayati Abdul Rahman dan Maizira Abdul Majid. (2021). Peranan dan Sumbangan Nik Rahimah Nik Idris dalam Bidang Sulaman Kelingkan. JOMAS Jurnal Pengajian Melayu, 32(1), 69-88.
Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron, Saiyidah Nur Huda Hamdzun & Narimah Abd Mutalib. (2022). The Function of Kelingkan in Malay Society. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 12(8), 757-773.
Ocvirk G.O., Robert R. S., Philip R. W., Robert O. B.& David L. C. (2002). Art Fundan1ental. Ninth Edition. New York: Glencoe/McGraw-Hill.
Rosmariana Abdullah Rosli, Syeedelis Anak Sintau, Wan Satirah Wan Mohd Saman & Nurussobah. (2018). Mendalami Seni Warisan Sulaman Keringkam Sarawak menerusi kaedah Sejarah Lisan. Jurnal Sejarah Malaysia, 2(1), 97-105.
Ros Mahwati Ahmad Zakaria. (2012). Sulaman Kelingkan. Diakses daripada https://anJawawww.ukm.my/atma/wp-content/uploads/2019/07/UMsia-190704-Warisan-Kilauan-.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nik Norimani Mat Hassan, Yusmilayati Yuno, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
