Perubahan Amalan Ritual Serahang Kakan dalam Masyarakat Melanau di Mukah

Changes in the Ritual Practice of Serahang Kakan in the Melanau Community in Mukah

Authors

  • Mohammad Husri Morni Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu & Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Author
  • Ria Ammaruzain Rusli Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu & Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Author
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu & Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Author

DOI:

https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.20.2025

Keywords:

Ipok, Melana, Pesta Kaul, Serahang Kakan

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan perubahan dalam ritual tradisi Kaul Serahang Kakan, yang merupakan warisan penting bagi masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak. Ritual ini menandakan permulaan Pesta Kaul, dengan penyerahan Serahang Kakan sebagai simbol permulaan acara tersebut. Serahang merupakan 'kepala hantaran' yang dihantar kepada makhluk ghaib dikenali sebagai ipok, yang dipercayai menjaga laut. Tujuan penghantaran ini adalah untuk memastikan masyarakat Melanau mendapat tangkapan laut yang memuaskan dan selamat, serta untuk mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan dalam pelaksanaan ritual Serahang Kakan serta menilai kesan perubahan ritual tersebut terhadap masyarakat Melanau di Mukah. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi untuk memperoleh data yang diperlukan, yang dilaksanakan di Mukah selama tiga hari. Pendekatan etnografi ini merangkumi kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan dilakukan untuk mengumpul data melalui pemerhatian, penyertaan aktif, dan temu bual. Kaedah pemerhatian dan penyertaan aktif digunakan untuk memastikan data yang dikumpulkan relevan dengan tujuan kajian. Bagi kaedah temu bual, teknik separa berstruktur digunakan dengan menemubual beberapa pengamal adat dan tokoh masyarakat Melanau yang berpengaruh. Kajian kepustakaan, termasuk jurnal, buku, dan laporan bercetak, digunakan untuk menyokong kajian ini dengan menyediakan bahan sekunder. Data primer dan sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan teknik analisis tematik dan pembacaan mendalam untuk memastikan kesesuaian dan ketepatan data dalam konteks kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan pemahaman yang mendalam mengenai perubahan ritual tradisi Kaul Serahang Kakan dalam masyarakat Melanau, sekaligus merangsang pemikiran tentang strategi pemeliharaan warisan budaya dalam konteks zaman moden. Sumbangan kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada generasi muda, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melanau, mengenai upacara ritual Kaul Serahang Kakan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memartabatkan adat, identiti, dan jati diri masyarakat Melanau. Masyarakat Melanau masih terus mengekalkan dan mengamalkan ritual Kaul Serahang Kakan, namun mereka kini mengabaikan upacara yang bertentangan dengan agama yang mereka anuti pada masa ini.

This paper is about the changes in the traditional ritual of Kaul Serahang Kakan which is an important heritage for the Melanau community in Mukah, Sarawak. This ritual signifies the importance of handing over the Serahang Kakan to be carried out as a sign that the Kaul Festival begins. Serahang is a 'delivery head' sent to supernatural beings known as ipok to guard the sea so that the Melanau people can obtain a satisfactory and safe catch while at sea and avoid various epidemics and diseases. The objective of the study was to identify changes in the implementation of the Serahang Kakan ritual and to assess the impact of the ritual changes on the Melanau community in Mukah. This study adopts an ethnographic approach to collect the required data, conducted in Mukah over a span of three days. The ethnographic method combines both field research and a literature review. Field research is carried out to gather data through observation, active participation, and interviews. Observation and participation are employed to ensure the relevance of the data collected to the study. The interview process follows a semi-structured format, engaging several customary practitioners and esteemed elders from the Melanau community. The literature review, encompassing journals, books, and printed reports, provides secondary resources to support the study. Both primary and secondary data are analyzed through thematic analysis and in-depth reading to guarantee their accuracy and alignment with the study's objectives. The findings found a deep understanding of the changes in the traditional rituals of Kaul Serahang Kakan in the Melanau community and stimulated thinking on cultural heritage preservation strategies in the context of modern times. The results of the study clearly state that the Melanau people still maintain and practice the ritual but use rituals that are contrary to the religion they currently profess. The contribution of this study is expected to provide knowledge to the younger generation in general, the young generation of the Melanau community about the ritual ceremonies in Kaul Serahang Kakan and be able to uphold the customs and identity of the Melanau community. The Melanau people still maintain and practice the ritual but use rituals that are contrary to the religion they currently profess. 

Keywords: Ipok, Melanau, Pesta Kau, Serahang Kakan

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1998). Islam dalam sejarah Asia Tenggara Tradisional. Dewan Bahasa & Pustaka

Dhavamony, Mariasussai. 2000. Fenomenologi Agama. Yogyakarta: Kanisius.

Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi. 2001. Kaul: Suatu Interpretasi Sosiobudaya. Kuching: Massa Kasturi Management.

Jeniri Amir, Rosline Sandal & Rudi Affendi Khalik. 2007. The Sarawakiana Series Culture & Heritage. Dakan : The Diminishing Medium of Melanau Tradisional Healing. Kuching:Pustaka Negeri Sarawak.

Jeniri Amir. 1989. Adat Resam Kaum Melanau. The Sarawak Museum Journal, 40(4).

Macollin Bin Ginda, Pembantu Tadbir Muzium Budaya Sarawak (2023) Kuching, Sarawak

Nursyam. (2005). Islam Pesisir. Jogjakarta: LKIS.

Saiee Driss. (1996). Wawasan Melanau. Wajah Dan Identiti Melanau. Kuching: Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau dan Persatuan Melanau Sarawak.

Saptuyah Latip . (2011). Adat Perkahwinan Masyarakat Melanau Dan Pandangan Islam Terhadapnya: Satu Kajian di Daerah Mukah, Sarawak: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Seng, Chong Chin. (1987). Traditional Melanau Woodcarving (Bilum) in Dalat, Sarawak: Persatuan Kesusasteraan Sarawak.

Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek. (1995). Permainan Tradisional. Prisma Sdn. Bhd

Tommy Black, Sejarawan bebas masyarakat Melanau kampung Tellian, Mukah (2022, 2023 dan 2024) di Muzium Sapan Puloh, Mukah, Sarawak.

Yasir Abdul Rahman. 1987. Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka.

Yasmin Tahirih Smith, Penggiat dan Pengerusi Persatuan Kebudayaan (2023 dan 2024) di Mukah, Sarawak.

Zaini Bin Oje @ Ozea. 1997. Bahasa Melanau Dalam Konteks Perubahan Budaya. The SarawakMuseum Journal.Vol. XLVII. Special Issue No.5. Part II. Malay and Melanau Cultural Heritage Seminars II, 1993. Kuching: The Museum.

Zaini Ozea. 1989. Bahasa Melanau: Suatu Tanggapan Awal. The Sarawak Museum Journal, 40(4).

Published

2025-12-27

Issue

Section

ANTROPOLOGI, GEOLINGUISTIK & SOSIOLINGUISTIK

How to Cite

Morni, M. H., Rusli, R. A., & Mohd Yusoff, M. Y. (2025). Perubahan Amalan Ritual Serahang Kakan dalam Masyarakat Melanau di Mukah: Changes in the Ritual Practice of Serahang Kakan in the Melanau Community in Mukah. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu, 3, 123-128. https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.20.2025