Keberkesanan Kerangka Konsep MI dalam Penentuan Kata Nama, Kata Kerja, dan Kata Adjektif
The Effectiveness of the Concept MI in the Categorisation of Nouns, Verbs, and Adjectives
DOI:
https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.10.2025Keywords:
bahasa Melayu, Lampu Isyarat Golongan Kata, murid SJK(T), Orang Adjektif, Model Piramid NasKp, penentuan golongan kata, Permainan Cam KataAbstract
Penentuan golongan kata yang terdiri daripada Kata Nama, Kata Kerja, dan Kata Adjektif menjadi cabaran kepada murid SJK(T). Sehubungan dengan itu, Konsep MI yang menekankan dua kriteria, iaitu maksud perkataan dan imbuhan telah dibangunkan sebagai panduan untuk memudahkan proses penentuan golongan kata. Kajian ini dijalankan untuk menilai kebolehgunaan Konsep MI terhadap kemahiran penentuan golongan kata dalam kalangan murid. Pendekatan kuantitatif yang melibatkan kaedah kuasi-eksperimen telah diaplikasikan. Kumpulan kawalan yang terdiri daripada 31 orang murid mempelajari golongan kata melalui pendekatan konvensional, manakala kumpulan rawatan yang terdiri daripada 164 orang murid didedahkan dengan penggunaan Konsep MI. Instrumen ujian pra dan pasca digunakan untuk mengukur tahap pencapaian murid. Hasil analisis ujian T sampel berpasangan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan pasca dalam kalangan kumpulan rawatan (t=53.09., nilai-p < 0.05) berbanding dengan kumpulan kawalan (t=2.814, nilai-p < 0.05). Hasil dapatan kajian ini membolehkan pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk menambahkan satu kemahiran baharu dalam standard pembelajaran, Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) agar dapat membantu murid untuk menggolongkan kata dengan bantuan kehadiran imbuhan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kebolehgunaan Konsep MI yang bertindak sebagai penemuan baharu dalam aspek penentuan golongan kata dapat memberikan manfaat kepada tenaga pengajar dari aspek penggunaan strategi pengajaran baharu untuk meningkatkan kemahiran penentuan golongan kata murid SJK(T).
Determining the class of words consisting of nouns, verbs and adjectives is a challenge for SJK students(T). In this context, the MI Concept, which emphasises two criteria, namely, the meaning of words, prefixes and suffixes, has been developed as a guide to facilitate the process of determining word categories. Therefore, this study was conducted to evaluate the usefulness of the MI concept, on students' ability to determine word classes. A quantitative approach with quasi-experimental methods has been used in this study. A control group of 31 students studied word classes using a conventional approach, while a treatment group of 164 students was exposed to the use of the MI Concept approach. Student performance was measured using pre- and post-test instruments. Analysis of paired t-test results showed that there were significant differences in the treatment groups' pre/post scores (t=53.09; p-value <0.05) compared to the control group (t=2,814; p-value <0.05). The results of this study enabled the Curriculum Development Division to include a new skill in the learning standard, the Standard Curriculum and Assessment Documents (DSKP), to help students classify words using prefixes and suffixes. This clearly indicates that the use of the MI Concept as a new insight into word class teaching that may help teachers to use new teaching strategies to improve word class identification in SJK students.
Keywords: Lampu Isyarat Golongan Kata, Malay language, Orang Adjektif, Permainan Cam Kat, Piramid Model NasKp, SJK (T) students, word class identification
Downloads
References
[1] Teo Kok Seong. (2014). Siri Wacana Pemartaban Bahasa Kebangsaan. Muzium Diraja, Istana Negara Lama. Kuala Lumpur pada 24 Februari 2014.
[2] Zamri Mahamod. (2021). Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa (4th Edition). Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[3] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.
[4] Revathi Raja Gopal, Dahlia Janan, & Nasir Masran. (2022). Kekangan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Empat SJKT. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001916. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1916
[5] Pavitira Nagaraju. (2019). Penguasaan Kata Nama Terbitan dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Pembangunan Modul Pembelajaran [Master’s thesis, Universiti Putra Malaysia].
[6] Nora’Azian Nahar. (2020). Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif Di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Issues in Language Studies, 9(1), 107-123.
[7] Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33-41.
[8] Durgadevi Kupusamy, Mardian Shah Omar & Nurul Haniza Samsudin. (2022). Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Seremban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (02), 154-160.
[9] Annuar Khisham Isa, Zaitul Azma Zainon Hamzah & Sharil Nizam Sha’ri. (2021). Tahap Penguasaan Penggunaan Kata Kerja dalam kalangan Pelajar di Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh: Level of Mastery in Using Verbs Among Form Four Full Boarding Schools Students. PENDETA, 12(1), 90–104.
[10] Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (The Effectiveness of Problem Based Learning on Achievement and Students Higher Order Thinking Skills in Malay Language Essay Writing). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 33-46.
[11] Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016). Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1): 38- 51.
[12] Mohamad Yazid Mohamad (2016). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. [Thesis Dissertation: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia]
[13] Deeneswary & Nasri, N. M. (2021). Sikap dan motivasi murid india sekolah rendah pedalaman Tamil dalam mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 331-341.
[14] Chong, O. S., Zamri Mahamod, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka kaedah pengajaran guru cemerlang bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu kajian kes (Exploring teaching methods of Sarawak Malay language excellent teacher: A case study). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 93-108.
[15] Siti Rohani Jasni, Suhaila Zailani & Hakim Zainal. (2018). Pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Journal of Fatwa Management and Research, Special Edition, 358-367.
[16] Liu, Z-Y., Zaffar Ahmed Shaikh & Gazizova, F. (2020). Using the concept of game-based learning in education. International Journal of Emerging Techologies in Learning, 15(14), 53-64.
[17] Farihah Hussain, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Mohammad Zamri Jusoh. (2020). Amalan Bahan Bantu Pengajaran Guru dalam Pengajaran Nahu Kurikulum Bersepadu Dini Sekolah Agama, Jurnal'Ulwan 5, 1(2020), 134-145.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nor Hanisah Saphari (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
