Penerapan Teknik Permainan Bahasa bagi Pembelajaran Kaedah Ejaan Bertema Bahasa Melayu Tulisan Jawi
Application of Language Game Techniques for Learning Thematic Spelling Methods in Malay Language using Jawi Script
DOI:
https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.8.2025Keywords:
modul pembelajaran Jawi, pedagogi, pembelajaran bahasa, permainan bahasa, tulisan JawiAbstract
Permainan bahasa merupakan satu teknik pengajaran yang berasaskan permainan. Namun, teknik ini dilihat kurang diaplikasikan dalam pembelajaran Jawi. Maka, kajian ini bertujuan membincangkan keberkesanan teknik permainan bahasa bagi pembelajaran kaedah ejaan bertema bahasa Melayu bertulisan Jawi. Permainan bahasa yang digunakan ialah Lingkaran Kekata, Menangga Kata, Sisip Glotis, Silang Sinonim, Teka-teki, Bentuk Kata, Kata Bersilang, Teka Kata, Teka Sinonim dan Silang Kata. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data kajian menerusi modul Terokai Jawi-Uji Minda dengan Bermain dan borang soal selidik. Seramai 40 orang responden daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dipilih menggunakan persampelan bertujuan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian yang dianalisis dalam Statistical Package For Social Science (SPSS) menunjukkan bahawa penggunaan teknik permainan bahasa ini adalah berkesan untuk pembelajaran Jawi khususnya Teka Silang Kata bagi pembelajaran kaedah Ejaan Kata Ganda Separa (m=4.55), Kata Bersilang untuk pembelajaran Kata Ganda Semu (m=4.53) dan Bentuk Kata untuk pembelajaran Kata Serapan Arab (m=4.50). Hal ini bermaksud, penggunaan permainan bahasa yang bersesuaian adalah berkesan bagi pembelajaran kaedah ejaan Jawi. Oleh itu, permainan bahasa ini diharap dapat digunakan oleh para pengajar bagi mewujudkan pembelajaran Jawi yang berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu, permainan bahasa ini diharap dapat digunakan oleh para pengajar bagi mewujudkan pembelajaran Jawi yang berkesan dan menyeronokkan.
Language acquisition can be facilitated through the play and the use of games in the classroom. Nonetheless, it appears that learning Jawi uses this method less frequently. Hence, the purpose of this study is to examine the efficacy of language game approaches in learning Jawi. Word Circles, Stair Step Spelling, Glottic Insertion, Synonym Crosswords, Riddles, Word Form, Crosswords, Word Puzzles, and Crosswords are some of the language games that are employed. Data for the study were gathered quantitatively using survey techniques through the Explore Jawi-Mind Test by Playing module and a questionnaire. 40 respondents from the Sultan Idris University of Education were chosen for the study sample using purposive sampling based on predetermined criteria. The results of the study, which were analysed using SPSS demonstrate that language game techniques are effective, particularly for the partial double word (m=4.55), the specific meaning reduplication (m=4.53) and the Arabic absorption word (m=4.50). This indicates that using proper language games in learning Jawi is effective. Therefore, the teachers are expected to use this language game to design an engaging and successful Jawi learning experience.
Keywords: Jawi learning module, Jawi script, language games, language learning, pedagogy
Downloads
References
Amrina Rasyada Kamaruzaman & Khairulnazrin Nasir. (2022). Sorotan kajian terhadap hubungan antara prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah serta pencapaian pelajar dalam penulisan Jawi. RABBANICA-Journal of Revealed Knowledge, 3(1), 59-72.
Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin & Sabarina Othman. (2020). Jom Jawi: meningkat penguasaan bahasa Jawi di kalangan murid sekolah rendah mengguna media interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 212-230.
Logambigai Bakthaselvan, Muhammad Saiful Haq Hussin & Wong Seng Yue. (2022). Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Pandemik Covid-19. Jurnal Melayu Sedunia, 5(1), 55-68.
Miswarul Abdi Aziz & Teuku Sanwil. (2022). Teori belajar konstruktivisme dan aplikasinya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran, 1(1), 76-83.
Modul Terokai Jawi-Uji Minda dengan bermain. (2021). Sabariah Sulaiman (Pnyt.). Tanjong Malim: Muhibbah Publication.
Mohd Mazhan Tamyis, Zahari Suppian & Abu Hashim Saad. (2022). Pelaksanaan bidang Jawi dalam kurikulum Pendidikan Islam: Suatu penilaian proses. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 294-308.
Muhammad Asri Nasir. (2022). Teori Konstruktivisme Piaget: Implementasi dalam pembelajaran Al-Qur’an Hadis. JSG: Jurnal Sang Guru, 1(3), 215-223.
Muhammad Izyan Bohan. (2018). Aplikasi permainan kad Su-Ka bagi menggabungkan suku kata terbuka dalam bidang Jawi sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari, 1, 95-103.
Nor Sahara Mesman, Zulkarnain Abd. Majid & Makmur Harun. (2022). Cabaran dan peranan ibu bapa dalam memperkasakan pembelajaran Jawi semasa pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 1-12.
Nur Hasanah, Fatimah Azzahroh & Ning Ira Faturrohmah. (2023). Upaya meningkatkan motivasi belajar siswa menggunakan media Word Search pada siswa Kelas III SDIT Al-Iman. Jurnal Bintang Pendidikan Indonesia, 1(1), 188-201.
Sabrina Ramadhania & Yamin. (2022). Pengembangan media pembelajaran Crossword Puzzle untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Indonesia siswa sekolah dasar Kelas II. Jurnal Education, 3, 966-971.
Sarinab Ariffin @ Eduny, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin & Syamsul Azizul Marinsah. (2022). Pendekatan kaedah latih tubi dalam kemahiran menulis Jawi murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan. International Journal Of Education, Psychology And Counselling, 7(45), 112-126.
Zurhaida Zurhaida, Syifa Nurfitria & Ani Nur Aeni. (2022). Pengembangan Words Scramble Game tentang politik Islam sebagai media pembelajaran siswa Kelas V SD. Jurnal Pendidikan dan Teknologi Indonesia, 2(6), 273-278.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Siti Norashikin Hassan (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
