Analisis Sikap Afektif, Kognitif dan Tingkah Laku Pelajar Jepun Terhadap Pembelajaran Budaya Melayu dalam Bahasa Melayu

An Analysis of Affective, Cognitive, and Behavioral Attitudes of Japanese Students Towards Learning Malay Culture in the Malay Language

Authors

  • Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak, Malaysia Author
  • Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak, Malaysia Author

DOI:

https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.4.2025

Keywords:

afektif, budaya Melayu, kognitif, pembelajaran bahasa Melayu, sikap, tingkah laku

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap pelajar Jepun terhadap pembelajaran budaya Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan tiga aspek utama, iaitu afektif, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengutip data. Instrumen yang digunakan adalah inventori soal selidik dan protokol temu bual. Seramai 35 orang pelajar program Bahasa Melayu di Jepun terlibat dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa sikap pelajar Jepun dari aspek afektif (4.32), kognitif (4.40) dan tingkah laku (4.20). Skor min ini berada pada tahap tinggi yang menunjukkan bahawa pelajar Jepun mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran budaya Melayu. Hal ini turut disokong dengan hasil temu bual yang mendapati pelajar merasa seronok, bermotivasi, meningkatkan kefahaman terhadap bahasa Melayu dan menyebabkan pelajar ingin terus mengikuti kelas bahasa Melayu. Melayu khususnya amalan yang dapat membangunkan sikap antara budaya. Kajian ini membantu tenaga pengajar dalam merangka pendekatan pengajaran yang lebih inklusif dan menarik. Tenaga pengajar juga boleh mengintegrasikan elemen budaya dengan lebih efektif dalam kandungan pengajaran, yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian mengenai aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu masih baharu. Sikap pelajar terhadap budaya Melayu perlu diberikan perhatian agar pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan dan bermakna.

This study aims to identify the attitudes of Japanese students towards learning Malay culture in the context of acquiring the Malay language, focusing on three main aspects: affective, cognitive, and behavioral. By examining these elements, the research seeks to gain a deeper understanding of how cultural appreciation influences language learning among these students. This study utilized both quantitative and qualitative methods for data collection, employing a questionnaire inventory and an interview protocol as the primary instruments. A total of 35 students from the Malay Language program in Japan participated in the research, providing a rich source of information for analysis. The combination of these methods allowed for a comprehensive understanding of the students' experiences and perspectives within the program. The findings indicate that Japanese students have a positive attitude towards learning Malay culture, as reflected in their high scores: affective (4.32), cognitive (4.40), and behavioral (4.20). Interviews reveal that students enjoy the learning experience and are motivated to continue attending classes.  This study provides valuable insights for educators in crafting a more inclusive and engaging teaching approach. By effectively integrating cultural elements into the curriculum, teachers can enhance student interest and motivation in learning Malay. Research on aspects of Malay culture in the teaching and learning of the Malay language is still relatively new. It is essential to focus on students' attitudes and practices towards Malay culture. By doing so, educators can help students engage with the language in a more effective and meaningful way. Understanding and appreciating cultural contexts can enhance language learning, making it more relevant and enriching for students.

Keywords: affective, attitude, behavior, cognitive, Malay cultural, Malay language learning

Downloads

Download data is not yet available.

References

Analisis Sikap Afektif, Kognitif dan Tingkah Laku Pelajar Jepun Terhadap Pembelajaran Budaya Melayu dalam Bahasa Melayu

An Analysis of Affective, Cognitive, and Behavioral Attitudes of Japanese Students Towards Learning Malay Culture in the Malay Language

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli* & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tg. Malim, Perak, Malaysia.

1*Corresponding author: zuhidayah@fbk.upsi.edu.my

DOI: https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.4.2025

Abstract

This study aims to identify the attitudes of Japanese students towards learning Malay culture in the context of acquiring the Malay language, focusing on three main aspects: affective, cognitive, and behavioral. By examining these elements, the research seeks to gain a deeper understanding of how cultural appreciation influences language learning among these students. This study utilized both quantitative and qualitative methods for data collection, employing a questionnaire inventory and an interview protocol as the primary instruments. A total of 35 students from the Malay Language program in Japan participated in the research, providing a rich source of information for analysis. The combination of these methods allowed for a comprehensive understanding of the students' experiences and perspectives within the program. The findings indicate that Japanese students have a positive attitude towards learning Malay culture, as reflected in their high scores: affective (4.32), cognitive (4.40), and behavioral (4.20). Interviews reveal that students enjoy the learning experience and are motivated to continue attending classes. This study provides valuable insights for educators in crafting a more inclusive and engaging teaching approach. By effectively integrating cultural elements into the curriculum, teachers can enhance student interest and motivation in learning Malay. Research on aspects of Malay culture in the teaching and learning of the Malay language is still relatively new. It is essential to focus on students' attitudes and practices towards Malay culture. By doing so, educators can help students engage with the language in a more effective and meaningful way. Understanding and appreciating cultural contexts can enhance language learning, making it more relevant and enriching for students.

Keywords: affective, attitude, behavior, cognitive, Malay cultural, Malay language learning

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap pelajar Jepun terhadap pembelajaran budaya Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan tiga aspek utama, iaitu afektif, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mengutip data. Instrumen yang digunakan adalah inventori soal selidik dan protokol temu bual. Seramai 35 orang pelajar program Bahasa Melayu di Jepun terlibat dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa sikap pelajar Jepun dari aspek afektif (4.32), kognitif (4.40) dan tingkah laku (4.20). Skor min ini berada pada tahap tinggi yang menunjukkan bahawa pelajar Jepun mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran budaya Melayu. Hal ini turut disokong dengan hasil temu bual yang mendapati pelajar merasa seronok, bermotivasi, meningkatkan kefahaman terhadap bahasa Melayu dan menyebabkan pelajar ingin terus mengikuti kelas bahasa Melayu. Melayu khususnya amalan yang dapat membangunkan sikap antara budaya. Kajian ini membantu tenaga pengajar dalam merangka pendekatan pengajaran yang lebih inklusif dan menarik. Tenaga pengajar juga boleh mengintegrasikan elemen budaya dengan lebih efektif dalam kandungan pengajaran, yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian mengenai aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu masih baharu. Sikap pelajar terhadap budaya Melayu perlu diberikan perhatian agar pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan dan bermakna.

Kata Kunci: afektif, budaya Melayu, kognitif, pembelajaran bahasa Melayu, sikap, tingkah laku

Pengenalan

Menurut Kramsch (1993), bahasa dan budaya adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan. Pengajaran bahasa perlu disertai dengan elemen budaya supaya membantu pelajar memahami konteks bahasa dengan lebih mendalam dan membentuk sikap positif terhadap bahasa yang dipelajari. Łukaszewicz (2023) turut menegaskan bahawa pengetahuan terhadap latar sesuatu bahasa sangat penting bagi membenar pelajar berkomunikasi dengan tepat. Menurut Byram (1997), apabila pelajar didedahkan kepada budaya sasaran, mereka lebih berupaya menghargai nilai-nilai yang terkandung dalam bahasa tersebut, yang seterusnya meningkatkan motivasi dan minat mereka.

Çelik dan Yazan (2023) turut menegaskan bahawa pelajar bahasa asing lebih terdorong untuk memahami elemen budaya dalam proses pembelajaran bahasa. Selain itu, penghayatan budaya sasaran juga mengembangkan kecekapan antara budaya, membolehkan pelajar memahami dan menghargai pelbagai perspektif budaya serta membina empati dan toleransi. Keadaan ini menjadikan pelajar lebih bersedia untuk berkomunikasi dalam masyarakat global dengan keyakinan yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sikap pelajar Jepun terhadap pembelajaran budaya Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu.

Metodologi

Reka bentuk kajian adalah kerangka penting untuk memastikan penyelidikan dijalankan secara sistematik. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan rentas dengan pendekatan kuantitatif untuk memberikan gambaran kuantitatif atau numerik mengenai fenomena, sikap, tingkah laku, atau pandangan sesuatu populasi dengan mengkaji sampel daripada populasi tersebut (Creswell 2014; Creswell & Creswell 2018). Selain itu, kaedah kualitatif juga digunakan untuk menyokong data kuantitatif bagi memberikan gambaran yang lebih mendalam. Populasi kajian terdiri daripada pelajar dan guru dalam program bahasa Melayu di luar negara, dengan pensampelan bukan rawak digunakan kerana populasi ini sukar dijangkau. Sampel dipilih menggunakan pensampelan bertujuan yang tidak melibatkan pemilihan rawak tetapi berdasarkan kriteria tertentu yang memenuhi kehendak dan tujuan kajian (Plowright 2011).Seramai 35 orang pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di Jepun dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian meliputi soal selidik dan protokol temu bual. Soal selidik mempunyai dua seksyen: Seksyen I berkaitan demografi responden, sementara Seksyen II pula mengandungi tiga konstruk sikap, iaitu afektif (6 item), kognitif (4 item) dan tingkah laku (4 item).

Dapatan

Dapatan kajian ini dapat dibincangkan berdasarkan tiga aspek sikap yang utama, iaitu afektif, kognitif dan tingkah laku. Jadual 1 menunjukkan analisis sikap pelajar Jepun terhadap pembelajaran budaya Melayu dengan lebih terperinci.

Jadual 1

Analisis sikap pelajar Jepun terhadap pembelajaran budaya Melayu

Item Kenyataan Skala (%) Min Sisihan piawai

STS TS TP S SS

AFEKTIF 4.32

A1 Saya menikmati pengajaran budaya Melayu dalam kursus bahasa Melayu. 0 3

(8.6) 7

(20.0) 11

(31.4) 14 (40.0) 4.03 .985

A2 Pengajaran budaya Melayu di dalam kelas bahasa Melayu menjadikan pembelajaran bahasa lebih mudah difahami. 0 0 2

(5.7) 12

(34.3) 21

(60.0) 4.54 .611

A3 Saya merasakan budaya Melayu yang diperkenalkan di dalam kelas bahasa Melayu membolehkan saya memahami bahasa Melayu dengan lebih baik. 0 0 1

(2.9) 16

(45.7) 18

(51.4) 4.49 .562

A4 Saya merasakan pembelajaran budaya Melayu menjadikan kelas bahasa Melayu lebih menarik. 0 0 0 18

(51.4) 17

(48.6) 4.49 .507

A5 Saya cenderung memilih kelas bahasa yang mengandungi elemen budaya. 1

(2.9) 0 7

(20.0) 16

(45.7)

11

(31.4) 4.03 .891

A6 Saya merasakan elemen budaya Melayu merupakan pengalaman pembelajaran yang berguna. 0 0 2

(5.7) 18

(51.4) 15

(42.9) 4.37 .598

KOGNITIF 4.40

A7 Belajar budaya Melayu semasa mempelajari bahasa Melayu adalah menyeronokkan. 0 0 1

(2.9) 15

(42.9) 19

(54.3) 4.51 .562

A8 Kelas bahasa Melayu yang melibatkan budaya Melayu memberi kesan positif terhadap sikap saya terhadap bahasa Melayu. 0 0 1

(2.9) 17

(48.6) 17

(48.6) 4.46 .561

A9 Pengetahuan tentang budaya Melayu membantu saya untuk lebih memahami konteks penggunaan bahasa Melayu. 0 0 1

(2.9) 17

(48.6) 17

(48.6) 4.46 .561

A10 Elemen budaya Melayu perlu diintegrasikan dalam setiap kelas bahasa Melayu. 0 0 2

(5.7) 25

(71.4) 8

(22.9) 4.17 .514

TINGKAH LAKU 4.20

A11 Saya lebih suka mengikuti kelas bahasa yang mengintegrasikan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 0 1

(2.9) 2

(5.7) 25

(71.4) 7

(20.0) 4.09 .612

A12 Saya suka untuk melihat elemen budaya dalam kelas bahasa Melayu yang akan datang. 0 0 2

(5.7) 23

(65.7) 10

(28.6) 4.23 .547

A13 Kelas bahasa Melayu yang mengintegrasikan budaya Melayu menggalakkan saya untuk mengikuti kelas bahasa Melayu yang seterusnya. 0 0 3

(8.6) 19

(54.3) 13

(37.1) 4.29 .622

A14 Saya lebih berminat mempelajari bahasa Melayu apabila budaya Melayu diintegrasikan bersama. 0 0 2

(5.7) 25

(71.4) 8

(22.9) 4.17 .514

Min keseluruhan 4.31

Secara keseluruhan, analisis menunjukkan bahawa sikap pelajar Jepun terhadap integrasi budaya Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah sangat positif, dengan min keseluruhan 4.31. Berdasarkan sikap afektif pelajar terhadap budaya didapati skor min ialah 4.32, mencerminkan bahawa mereka menikmati pengajaran budaya Melayu dalam kursus bahasa Melayu. Sebahagian besar pelajar merasakan bahawa elemen budaya Melayu menjadikan kelas lebih menarik dan membantu mereka memahami bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Item A4 mencatatkan min tertinggi iaitu 4.49, iaitu pelajar bersetuju bahawa pembelajaran budaya Melayu menjadikan kelas bahasa lebih menarik. Hasil temu bual juga menunjukkan sikap afektif yang positif dalam kalangan pelajar Jepun. Antara petikan tersebut adalah seperti di bawah,

“Saya lebih tertarik dengan kelas bahasa Melayu kerana saya dapat belajar budaya Melayu.” (PK2B189)

“Budaya Melayu yang diajarkan di dalam kelas bahasa Melayu membuatkan saya lebih tertarik untuk mempelajari bahasa Melayu.” (PK3B166)

Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sikap kognitif pelajar terhadap pembelajaran budaya Melayu adalah positif (min=4.40). Dapatan ini menunjukkan pengetahuan budaya Melayu membantu pelajar memahami konteks penggunaan bahasa Melayu, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Item A7, "Belajar budaya Melayu semasa mempelajari bahasa Melayu adalah menyeronokkan," mencatatkan min tertinggi, iaitu 4.51. Hasil temu bual turut menunjukkan elemen budaya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap bahasa yang dipelajari. Contoh petikan temu bual adalah seperti berikut,

“Sebab ada kosa kata yang tak ada dalam bahasa Jepun. Jadi kalau tahu budaya Melayu lebih senang faham kosa kata juga.” (PK3B20)

“Bahasa Melayu menjadi lebih baik dan kalau saya tahu budaya Melayu lebih senang untuk berkomunikasi dengan orang Melayu di Malaysia.”(PK3B49)

Seterusnya, berdasarkan aspek tingkah laku, pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mengikuti kelas bahasa yang mengintegrasikan elemen budaya, dengan min keseluruhan 4.20. Kebanyakan pelajar lebih berminat untuk meneruskan pembelajaran bahasa Melayu apabila elemen budaya diintegrasikan dalam pengajaran. Item A13, "Kelas bahasa Melayu yang mengintegrasikan budaya Melayu menggalakkan saya untuk mengikuti kelas bahasa Melayu yang seterusnya," mencatatkan min tertinggi, 4.29. Dapatan ini disokong dengan data temu bual yang menunjukkan bahawa elemen budaya memberi kesan positif terhadap minat berterusan pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Contoh petikan adalah,

“Ya, melalui pembelajaran budaya Melayu di dalam kelas, saya berhasrat untuk meneruskan pengajian bahasa Melayu. Saya sangat suka keterampilan orang Melayu dan budaya Melayu.” (PK1B85)

“Saya akan meneruskan pengajian kerana seronok belajar budaya Melayu.” (PKJ2B84)

Kesimpulannya, pelajar Jepun mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran budaya Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu. Sikap positif ini merangkumi aspek afektif, kognitif dan tingkah laku. Keadaan ini membenarkan pelajar untuk pelajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan bukan kerana terpaksa. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelajar sedar elemen budaya bukan sahaja memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka tetapi juga membantu meningkatkan pemahaman bahasa Melayu secara keseluruhan.

Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini mendapati bahawa pelajar Jepun mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran budaya Melayu dalam kelas bahasa Melayu, yang merangkumi aspek afektif, kognitif, dan tingkah laku. Dapatan menunjukkan bahawa integrasi elemen budaya dalam pengajaran bahasa Melayu bukan sahaja meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap bahasa tetapi juga mendorong mereka untuk terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Sikap afektif pelajar yang positif menunjukkan bahawa elemen budaya dapat meningkatkan keseronokan dan minat dalam kelas bahasa, manakala sikap kognitif pelajar menonjolkan kepentingan elemen budaya dalam memahami konteks dan penggunaan bahasa secara lebih mendalam. Selain itu, sikap tingkah laku mereka yang positif memperlihatkan kesediaan untuk meneruskan pembelajaran apabila budaya turut diintegrasikan.

Penyataan Etika

Kajian ini tidak menggunakan sebarang etika secara langsung.

Penyataan Kredit penulis

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli: Penulis dan Pengkaji.

Deklarasi Bebas Kepentingan

Penulis mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan kewangan yang bersaing atau hubungan peribadi yang mempengaruhi kerja yang dilaporkan dalam kertas kerja ini.

Rujukan

Byram, M. 1997. Teaching and Asessing Intercultural Communicative Competences. Clevedon: Multilingual Matters.

Çelik, H. & Yazan, B. 2023. Teaching culture through EFL classes in Turkey: a qualitative study of teachers’ conceptualizations and pedagogical orientations. Pedagogies 00(00): 1–19. doi:10.1080/1554480X.2023.2197601

Creswell, J. W. 2014. Research Design: Quanlitative, Quantitative & Mixed Methods Approaches, hlm. 4th ed. Thousand Oaks, United States: SAGE Publications, Inc.

Creswell, J. W. & Creswell, J. D. 2018. Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches, hlm. Fifth Edit. United States of America: SAGE Publications, Inc.

Kramsch, C. 1993. Context and culture in language teaching. Oxford: Oxford University Press.

Łukaszewicz, B. 2023. Cultural topics in foreign language teaching: On the example of advanced Polish learners. 6th International Conference on New Approaches in Education. doi:10.33422/6th.icnaeducation.2023.04.002

Plowright, D. 2011. Using mixed methods: Frameworks for an integrated methodology. India: SAGE Publications India Pvt Ltd.

Published

2025-12-25

How to Cite

Muhd Zulkipli, N. Z., & Wan Mohammad, W. M. R. (2025). Analisis Sikap Afektif, Kognitif dan Tingkah Laku Pelajar Jepun Terhadap Pembelajaran Budaya Melayu dalam Bahasa Melayu: An Analysis of Affective, Cognitive, and Behavioral Attitudes of Japanese Students Towards Learning Malay Culture in the Malay Language. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu, 3, 19-24. https://doi.org/10.37134/pambm.vol3.4.2025